Saturday 7 March 2009

Kacip Pinang

Kacip pinang ialah sejenis pisau yang direka khas untuk memotong pinang. Alat ini sangat penting bagi pemakan sireh, oleh kerana orang sekarang sudah kurang atau pun tidak memakan sireh lagi maka alat ini pun sama sama pupus bersama. Inilah juga alat warisan Melayu yang turun temurun mengikut zaman.

Kacip sireh yang diperbuat daripada besi ini mempunyai seninya tersendiri untuk menggunakannya. Begitu juga bentuknya yang diukir berbagai bentuk hanya untuk menghiaskan alat tersebut. Memang pun alat ini hanya untuk mengupas dan memotong pinang sahaja dan kegunaan lain memang sukar digunakan.

3 comments:

  1. Alhamdulillah......

    Tie rasa amat berbangga kerana saudara menulis perihal antik yang semakin dilupakan....

    Tie agak sibuk ketika ini, mungkin esok atau lusa akan kembali untuk membaca semua post2 ni.

    Oh ya, alangkah baiknya kiranya saudara Anuar dapat sematkan gambar2 yang berkenaan untuk tatapan pembaca :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tie. Saya sedang usahakan. Balik kampung hari tu semua dah tak ada dah!!!

    ReplyDelete
  3. masih ade lg ke kacip pinang ni..kalau ade...sy nk jpa sudara...sy bt thesis tentang kacip pinang...

    ReplyDelete